'Black Ghost' 11 RGK berani mati selamatkan tebusan ditawan pengganas
@ghosthunters.gr

'Black Ghost' 11 RGK berani mati selamatkan tebusan ditawan pengganas

17 Views
Published
Rejimen Ke-11 Gerak Khas (11 RGK) dengan cogan kata "Tetap Unggul" bertindak dalam pelbagai skuadron dengan kepakaran dan kemahiran yang tiada tandingan.

Salah satu elemen rejimen ini adalah Uniform Skuadron atau dikenali juga sebagai "Black Ghost".

Mereka seringkali tampil dengan pemakaian serba hitam dan topeng tengkorak bagi menyembunyikan identiti apabila beroperasi.

Pasukan ini juga digelar sebagai "Special Air Services" (SAS) Malaysia kerana cukup terlatih dalam operasi anti keganasan menerusi Skuadron Lawan Keganasan (SLK) dan berpegang teguh motto skuadron iaitu "Membunuh, Mengeledah".

Mereka sering menjalani latihan 'berani mati' menggunakan peluru hidup ketika latihan CQB di Kiling House.

Latihan sebegini adalah bagi memastikan keberanian, kemahiran dan kecekapan anggota skuadron ini sentiasa berada pada tahap tertinggi.

#AirTimes #11RGK #SLK #komando #GGK #GreenBeret #Malaysia #CQB
Category
PARANORMAL VIDEOS FROM OTHER COUNTRIES
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment